Tuesday, 17 December 2013

CAPE TOWN - SOUTH AFRICA

 
Pada Nov 2007, kami sekeluarga pergi ke Cape Town, Afrika Selatan 
dengan penerbangan MAS, MH201, yang mengambil masa hampir 15 jam. 
Penerbangan ini juga transit di Airport Johannesburg selama 1 jam 45 minit. 


Setelah hampir 15 jam perjalanan dari Malaysia ke Cape Town, kami selamat tiba di International  Airport Cape Town pada pukul 9 pagi waktu tempatan.




Kami menginap di Apartment Centurion, yang terketak berhampiran dengan
lokasi penggambaran Fear Factor Celebrity Malaysia.


Sepertimana apartment-2 yang lain, Apartment Centurion juga
 menyediakan 'kitchen cabinet' untuk kemudahan memasak.


Salah satu daripada pelabuhan yang kami kunjungi untuk pergi
ke perkampungan singa laut.


Bot yang membawa kami ke lokasi singa laut berkampung.

Di sinilah lokasi singa laut tersebut berkampung.


Kami berada di ladang Ostrich.

 Berpeluang menunggang Ostrich.

Restoren yang menyediakan masakan berasaskan @ 'main course' lauk Ostrich.

Sifat cengkerang telur Ostrich yang kukuh
tidak mudah pecah biar pun dipijak.


Di belakang kami ialah Table Mountain.


Pintu gerbang Cape Point.


Keretapi bukit yang membawa para pengunjung naik ke puncak Cape Point.


Pemandangan dari puncak tanah tinggi 'Cape Point'. Pertembungan
antara lautan Hindi (kanan) dengan lautan Atlantik (kiri) menghasilkan
satu garisan pemisah seperti terkandung dalam Surah Arrahman.


'Cape Of Good Hope' merupakan tempat di mana para pelayar masa silam
berlindung untuk menyelamatkan kapal dagang dari dipukul ombak besar.


Pengalaman bergambar di perkampungan burung penguin.

Salah satu pelabuhan lama yang telah dinaik taraf menjadi tempat
bersantai dengan kemudahan restoren dan bot pelancong.


Ladang buah 'strawberry'.

Ladang buah anggur.

Padang beriadah yang unik. Semua agama bersama berdoa
mengikut agama masing-masing. Walaupun cuaca kelihatan
 nampak terik, namun suhunya adalah sejuk dan nyaman.



Pemandangan di dalam supermarket yang dahulunya hanya
untuk golongan orang kulit putih sahaja (dasar apartheid).



Pukul 10 pagi kami tiba di pengkalan @ stesen
'Cable Car' untuk mengelakkan kesesakan.


Inilah bentuk 'Cable Car' yang awal pernah digunakan
untuk membawa pelancong naik ke puncak Table Mountain.




Menunggu giliran untuk naik ke puncak tanah tinggi 'Table Mountain.

Pemandangan dari puncak 'Table Mountain'.


Pemandangan di belakang itu adalah pulau Robben, tempat
pejuang dasar Aparthied Nelson Mandela dipenjarakan
 selama 27 tahun.



Bangunan yang menjadi tunggak kepada' Cable car'. 

Perkampungan 'Malay Cape' di tengah bandar Cape Town.




Akuarium  hidupan air masin yang terbesar di Afrika.

Kita juga boleh berpossing di dalam balang aquarium
bersama-sama ikan Nimo.

Antara hidupan spisis air masin, ikan pari gergasi.

Bas 'Citysightseeing CapeTown' juga disediakan untuk
kemudahan para pelancong yang berkunjung.


Bangunan lama di tengah bandar Cape Town.




Hard Rock Cafe  di Cape Town.


Tiba masanya untuk pulang ke tanah air. Selamat
tinggal Cape Town. 


                                 










No comments:

Post a Comment